Entah kenapa tetiba hari ni aku teringat 1st thing yang aku lalui mase masuk UiTM ni , yakni minggu orientasi . Nak tau minggu orientasi UiTM dipanggil ape ?
MDS .
Bukannya PMS . Tak tahu PMS tu ape ? Pergilah tanye kepada mereka yang belajar Bio . Kalau diorang tak tahu , kate kat diorang bahawa diorang bukan pelajar Bio sejati ! (marah pulak kan)
Maksodnye ?
Minggu Deraan Siswa atau nak sedap sikit lagi , Minggu Diktaktor Senior .
Kenapa aku cakap camni ?
Sebab aku rase most yang sama intake dengan aku tak suke minggu puaka ni . Mase mula-mula datang untuk pendaftaran tu muke semue suci gile sesuci minyak cap Seri Murni , sampai mereka ni pijak kuman pun , kuman tu menangis dengan penuh terharu sebab kena pijak dengan orang yang suci-suci belaka .
Tapi bila parents semua dah balik , haa , mulalah . Aku tak nak cerita panjang-panjang sebab aku takut nanti aku tekan-tekan over keyboard ni pastu nanti jahanam . Sia-sia je .
Dalam seminggu ni la senior boleh buat ape je kat kami . APA SAHAJA ! Benda yang aku lalui sepanjang MDS :
- Kena makan 3 minit je . Kalau tercekik tu memang padan la dengan muka dia .
- Kena bawak kasut (bukan pakai) ke merata-rata tempat sebab mostly tempat yang kena pergi kena bukak kasut . Pastu kena bawak pulak plastik beg bagai .
- Kena pakai tudung bawal warna putih . Tak payah cerita la berapa abad aku tak pakai tudung bawal .
- Kena berkumpul pukul 4 pagi . Maknenye kena bangun lagi awal dari tu & program habis mesti lebih pukul 1 . Kalau kurang diorang tak bagi lepas .
Diorang suruh kitorang ni jage pergaulan la , bla bla bla . Tapi ade 1 hari tu aku nampak ade sorang senior yang handle MDS tu buat bende tak senonoh dengan balak dia ! Public pulak tu . Pakwe dia sangat tak gojes tahu . Tahi hidung aku lagi gojes . Aku tak tahu name & tak nak cakap dia buat ape . Tapi aku just nak cakap ape yang dipesan tak same dengan ape yang dibuat . Camne orang nak respect kalau camtu ? (Sorang je ae , bukan segelintir , bukan semua . Sorang je)
Kot ade la akak of abang PM yang baca , ini hanyalah sekadar luahan perasaan . Kalau PM kat kampus lain , contohnya Larkin tu boleh layan MB baik-baik , kenapa kat sini tak boleh ?
Sebenarnya , mereka ni baik . Diorang sanggup gadai cuti untuk MDS ni . Tapi kami ni dah besar & tak suka kena marah macam budak kecik . Kami ni dah boleh jadi mak bapak orang tahu .
Tak berniat nak menimbulkan kemarahan sesiapa . Peace ! ^-^(Y)
p/s : Jangan pulak sesiapa yang tak puas hati baca entry ni pergi tulis kat pesbuk Vice Chancellor kata aku macam-macam . Aku dah cakap , ni sekadar luahan perasaan .