Sunday, 13 November 2011

Cinta Jarak Jauh ? Apa tu ?

Assalamualaikum .


Dah agak lama aku tak merapu dalam blog ni . Tapi takpe . Hari ni aku nak sambung merapu balik .


Entah kenapa tetiba hari ni aku nak bangkitkan isu pasal cinta jarak jauh . Eceh , jadi isu besar pulak tetiba kan . Bukan ape , lately aku tengok member-member aku yang dah berabad lamenye bercouple clash sebabkan belajar jauh-jauh . Perak-Negeri Sembilan , Melaka-Terengganu, Penang-Negeri Sembilan (eh , yang last tu tak) .

Masa zaman sekolah dulu bukan main sweet lagi . Kalau main korek-korek meja sebab malu jumpe pakwe , boleh berlubang la meja tu . Jadi tak heran la kan meja kayu kat sekolah aku tu berlubang-lubang je .


Masa mula-mula couple , bukan main lagi berjanji akan bersama selama-lamanya , tak kira badai yang melanda , kasih tidak akan pudar . Puihh , bagai Awie dalam Sembilu , jiwang siot aku .

Tapi bila jumpa lelaki lagi handsome , awek cun-cun , mula la hormon dah bertindak balas . Aku tak salahkan sesiapa pun kalau member aku clash . Biasa la kan , hormon remaja yang gatal miang ni memang gitu , ye dok ?


Aku pon ada admire someone . Tapi sejak aku habis sekolah ni , aku dapat jumpa dia lebih kurang 2 kali setahun je . Sejak aku masuk U , aku still texting dengan dia , tapi dalam masa yang sama aku minat (tak suka , tak cinta , minat je) senior aku kat U . Tapi bila aku dapat jumpa dia , aku suka kat dia balik . Cycle tu ulang-ulang kat situ je .

Sebab ape jadi camtu ? Sebab bila jumpa ada 'spark' . Bila jauh , satu 'spark' pon haram tadak . Aku tahu aku ni bukannye pakar sangat pon dalam bab ni sampai boleh jadi Dr. Love , tapi ni semua base on experience aku bila tengok member-member .

So , sesiape yang dalam perancangan nak buat 'love distance' tu , lupakan je la . Aku bukannye kata takkan jadi , tapi susah nak jadi . Bagi aku , bullshit semua tu . 

So long , peace .

Wednesday, 12 October 2011

Industri Seni Malaysia ? Masih Jauh Ketinggalan .

Assalamualaikum .


Memandangkan aku dah start cuti sem , aku ada banyak masa la nak update blog aku yang terchenta ni . Cuma kerja aku sepanjang cuti ni hantar & jemput adik aku balik sekolah .


Semalam aku ada tengok movie Korea , so ada 1 benda tetiba melintas kat kepala otak aku macam skuter lalu je . 


What the heck is K-Pop Malaysia ? Apa ke bangangnye benda ni semua . Neraka semua ni . Pernah sekali aku bukak YouTube nak tengok kehebatan K-Pop Malaysia ni . Best sangat ke sampai terkeluar la kat surat khabar kan . Aku gelak guling-guling la dari hujung bilik ke bilik . Siap 2 round lagi aku guling . Apa motif K-Pop Malaysia ?




Kumpulan yang kat atas ni aku rasa semua confirm la tahu sape kan ? Kalau yang tak tahu tu ni Super Junior . Diorang punya koreografi menarik , & even diorang ni pakai make-up , ramai je orang yang still tergila-gila kat mereka-mereka ni .




Kumpulan yang atas ni pulak , rasanya nama kumpulan ni 24:7 . Aku dah tengok MV diorang . Koreografi dah la tak menarik , bila pakai make-up aku tengok macam bapuk lorong Haji Taib je . Diorang ni memang stok kena maki la aku cakap . Aku blogwalking pon tengok group ni memang kena kutuk habis dengan blogger lain .

Same goes to the drama . Kenapa orang Malaysia ni suka tengok cerita luar ? Sebab diorang ada plot , jalan cerita pon tak de la loser and pemilihan pelakon yang sesuai .


Aku tahu memang tak adil la nak compare Superman dengan Supermak . Tapi tu je la yang aku mampu buat . Bila aku tengok je iklan Supermak ni , aku terus
"Ah , citer loser ah . Takde citer menarik ke nak tengok . Sama boring macam citer Papaya dengan citer lelaki aneh recycle tu . Tu je la citer Malaysia ni."
Aku tengok iklan pon aku menyampah tengok Nasha Aziz cakap sorang-sorang pastu pusing-pusingkan kepala dia . Apa ke bangangnye tu ? Sekarang ni pon citer Malaysia dah ikut citer Indon yang memang aku lagi la menyampah . Nak tunggu citer tu habis entah bila entah . Pastu suka tunjuk muka pelakon sekor-sekor . Watak antagonis rasa macam nak sepak-sepak je . Orang jahat tu buat setan memang perfect la sampai tak siapa pon perasan . Last episod baru semua terbongkar . Baik tengok last episod je camtu .  So jangan pelik la bila orang Malaysia ni lagi suka tengok citer orang putih dengan citer Korea berbanding tengok citer buatan negara sendiri 

Aku ni bukannya nak menangkan Amerika or Korea tu . Cuma aku pelik kenapa industri seni Malaysia ni nak tiru orang lain . K-Pop tu dah sah-sah la K tu Korea . Lagipun diorang tu putih-putih . Malaysia ni majoriti sawo matang dan kebawah (gelap) . Tak sesuai la nak make-up macam Korea tu . Aku lagi bangga dengan nasyid Malaysia . Walaupun tak ramai yang layan , tapi diorang ada identiti sendiri . Mana originality seni Malaysia , dan mana maruah seni Malaysia kalau kita tiru orang lain .

So Malaysian , build your own idetintity . Lagi bagus kalau kita loser tapi tu diri kita sendiri , daripada kita jadi orang lain .


So long , peace !

Monday, 10 October 2011

Kenapa Aku Beralih Arah ?! Argh !

Assalamualaikum . 


Dah lama gila aku tak update belog ni . Maaf la ye . Aku busy dengan final exam la (kononnye la kan) . Tapi memang betol la . Ni pon aku baru habis final .


Selama aku tak update blog terchenta ni ,banyak jugak la kan benda yang best jadik . Tapi malas nak update je . Hihi . Tapi aku sedih & bengang kenapa benda macam ni boleh terjadi kat aku . Argh ! Kenapa ?


Kenapa aku boleh terjerumus kepada golongan-golongan itu ? (ayat skema cam hareem) . Homaigod homaigod homaigod !



Maaf la abang Jensen . Saya dah tersuka orang lain . Saya tak bermaksud nak mulukakan hati abang . Saya mintak maaf abang !




Siwon oppa ! Saranghae ! (aku ni dah kenapa ? -.-)


Dulu aku jugak yang kutuk K-Pop ni . Tapi aku masih di tahap selamat la sebab aku minat Super Junior je . Tak de la sampai nampak gambar diorang terjerit terkinja-kinja macam orang gila .


Tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak menjadikan blog ni blog K-Pop . Kalau dah jadi tu , maknenye blog aku dah kene hack la tu .


Sebelom aku tutup entry ni , layan la jap kumpulan K-Pop Korea (bukan K-Pop malaysia yang cam harem) yang paling jambu + gay yang pernah aku jumpa yang aku pernah jumpa , Boyfriend . Vid ni pon kawan aku yang tunjuk so aku tak de kene mengene dengan vid ni eh . Enjoy , mungkin . -.-





Sunday, 21 August 2011

Dear Mr. 'Kamal' ...

Assalamualaikum . 


Dah agak lama aku tak update blog . Maaf la ye . Bukan tak nal or malas , tapi internet kat kolej kediaman aku dah kena off . Aku pon tak tahu kenapa . Sungguh demm .


Hari ni aku nak dedikasikan post ni untuk En. 'Kamal' yang sebenarnya aku pun tak kenal . So , hear its goes .


Dear Mr, 'Kamal',
Aku tak kenal siapa kau . Aku rasa ku pun tak kenal siapa aku . Tapi kenapa kau sangat pervert dan bodoh ? 


Kenapa la kau nak melucah dengan aku bulan Ramadhan ni ? Aku tak suka tahu . Dah la kau mengganggu aku time aku ada kelas malam . Kau tu tak reti-reti nak pergi Terawikh ke ? Dah la jantan , tak reti nak pergi Terawikh . Dan kenapa la kau keep calling aku even aku dah kata aku tak nak dengar suara katak kau tu ? Aku angkat bukan nya aku nak cakap dengan kau pun .


Kau tak kenal aku , tapi kenapa kau keep 'I love you' kat aku ? Aku tak paham langsung .


Dah la , penat aku nak taip pasal mamat tak guna ni . This short entry is for you moron .


p/s : Aku menamakan 'Kamal' sebab itu yang dia kata kat aku . Tapi aku tak rasa pun nama dia Kamal . Just nak menipu je tu .

Saturday, 6 August 2011

Apa Fungsi Blog Sebenarnya ?

Assalamualaikum .

Sejak aku mula berblogging ni , aku rajin la jugak blogwalking ke blog orang lain . Nak tahu jugak ape yang diorang tulis dalam blog diorang & camne cara penulisan diorang . Ada yang best & tak kurang jugak yang aku kurang berminat .

Well , sejak aku dah ade blog ni , aku wonder jugak (bukan wonderpet) , ape function blog ni sebenarnye .



Blog ialah tempat untuk anda semua mengutuk orang yang anda benci . Terutamanya cikgu-cikgu sekolah anda . Ketika anda masih bersekolah kutuk la cikgu yang mengajar anda pada tahun itu . Confirm mereka anda sayang anda dengan lebih mendalam . Kalau dah habis sekolah baru nak kutuk cikgu ape barang .


Anda juga haruslah mengutuk orang yang anda benci terang-terangan . Jangan lupa nyatakan nama mereka sekali . Tak payah nak buat star-star tu . Pastu , post kat wall dia . Kawan baik la lepas tu jadinya .





Blog juga adalah tempat untuk anda dan pasangan anda mengawan cara alien . Kalau anda nak buat camtu , blog anda haruslah cerita pasal anda dan pasangan anda . Ceritalah pasal bibit-bibit cinta anda dan dia . Cinta love eww-eww tu pasti ramai nak gila nak baca . Dan bila anda dah putus dengan dia , blog tersebut akan di delete & blog baru akan dibuka , & cerita pasal pasangan anda yang baru . Buat benda sama setiap kali bertukar pasangan dan follower anda pasti akan bertambah . Tidak akan ada sesiapa pun akan jemu dengan perbuatan anda & mereka akan terus setia untuk follow anda .

Selain itu , blog juga merupakan tempat untuk anda marketkan diri anda . Letaklah gambar anda sebesar-besar alam untuk dijadikan background image untuk blog anda . Jangan lupa mengembungkan pipi & menjelirkan lidah . Confirm tidak akan ada orang yang rasa nak menyepak anda laju-laju .

Di atas adalah contoh golongan yang tak bermuscle & kadang-kadang tidak dapat dibezakan jantinanya . Aww , rasa nak kutil-kutil je pipi dia pakai pembaris ! I tak tahan you !
p/s : Well , butthurt enough ? But that's the truth that you're already know .

Thursday, 4 August 2011

Kenangan Masa Puasa

Assalamualaikum .


Dah beberapa hari aku tak merepek dalam blog ni . Busy dengan assignment & tutor work . Well , masuk hari ni dah masuk hari ke-4 kita puasa . Puasa kat U tak de feel la . Ni yang menyebabkan aku teringat puasa time dulu-dulu .

Keluarga si Rafique . Aku ingat Rafique dengan Maisarah tu je .
  1. Lepas buka tak nak pergi solat Maghrib dulu sebab nak tunggu sampai cerita Diari Ramadhan Rafique habis . 
  2. Suka rebut part ayam yang best-best dengan cousin .
  3. Masa buka minum air banyak-banyak sebab air 1 jug je & yang nak minum ramai . Sape cepat dia dapat minum banyak la .
  4. Paling liat nak pergi Terawikh . Mak aku akan paksa aku pergi Terawikh even aku berkeras tak nak pergi .
  5. Aku & cousin pernah makan buah cermai cerita pasal puasa time bulan puasa .
  6. Aku suka main mercun mancis time bulan puasa . (ingat pompuan tak main mercun ke ?)
  7. Aku tak suka berbuka dengan kurma .
  8. Dulu ayah aku la yang suka main mercun . Even anak dah tiga , tetap main mercun gak tu .
  9. Suka tengok ayah aku main mercun thunder clap .
  10. Dulu sangat gerun dengan mercun katak sebab kejar orang .
  11. Antara orang yang paling semangat nak pasang pelita .
  12. Merasakan main bunga api tak kachak .(sekarang pun rasa benda yang sama)
Well , tu je la yang aku ingat . Puasa jauh dengan family tu pengalaman , tapi dengan family tu tetap best even kita puasa dengan orang yang sama tiap tahun .

Sunday, 31 July 2011

Ramadhan

Assalamualaikum .


Malam ni dah bermulanya malam Ramadhan . Maknenye dah mulalah solat Terawikh . Mesti ade antara korang yang tak pergi kan ? Jangan nak tipu la . Aku tahu .


Well , malam ni aku tak nak menulis entry yang mencarut-carut . Dah start bulan puasa kena la berubah kan ? *insaf*


Masa bulan Ramadhan ni la kita nak kumpul pahala banyak-banyak .Buat amalan sunat tu . Kejar Terawikh yang datang sebulan sekali . Kalau boleh khatam Al-Quran bulan Ramadhan ni (aku sendiri pun tak buat) . Buat amal jariah & kejar la malam Lailatul Qadar . Banyak barakah yang kita akan dapat dari Allah SWT .






Entah kenapa , aku lagi excited nak sambut puasa daripada raya . Aku pun tak tahu . Maybe aku enjoy puasa . Kalau kat kampung tu raya dah tak berapa nak meriah . Maybe dah besar . So excited raya tu dah hilang . Kalau bab nak beli baju raya tu , haa , memang aku excited . Hehe .


Kali ni kali ketiga aku menyambut Ramadhan berjauhan dengan family . Tahun pertama di U & 2 tahun sebelumnya di maktab (aku dulu MRSM sebab tu aku biasa panggil maktab) . Kalau orang tanye , Ramadhan mane lagi best , aku akan cakap , kat maktab . Ye , aku tahu , aku belom puasa pun lagi time ni . Tapi lepas aku Terawikh tadi pun aku dah rase . Kalau kat maktab dulu aku boleh kenal semua dalam surau tu , even tak tahu name , tapi aku kenal semue . Tapi kat U , hampir semua aku tak kenal . Entah senior atau sebaya . So , kalau kita kenal tu lagi best kan ?


Masa aku Terawikh tadi , hidung aku berlari-lari (running nose) . Gatalnye tak tahan woo . Bersin je sepanjang solat tadi . Memang hobi hidung aku time terawikh suka mengalirkan cecair . Kalau hidung aku boleh cabut & tinggalkan time Terawikh , memang aku buat .


Eh tak nak lah . Nanti aku jadi takde hidung macam Voldemort . Sangat tak gojes tahu . Maybe Allah nak uji tahap keimanan aku , sape tahu bukan ?


Even perangai aku macam setan , mulut aku macam cibai , tak bermakna aku tak ada ilmu agama . Ada tu ada , tapi tak sehebat ustaz ustazah .


Aku rasa macam tersisih dari alam blogging je sebab tak tulis pasal Khairul Fahmi putus tunang . Tapi pasal puasa tu lagi best bukan ?


p/s : Aku maybe jarang update blog dalam bulan puasa ni . Nak insaf jap . *poyo*
           Selamat Berpuasa !

Saturday, 30 July 2011

Aku Ada MDS , Kau Hado ?

Assalamualaikum .


Entah kenapa tetiba hari ni aku teringat 1st thing yang aku lalui mase masuk UiTM ni , yakni minggu orientasi . Nak tau minggu orientasi UiTM dipanggil ape ?


MDS .






Bukannya PMS . Tak tahu PMS tu ape ? Pergilah tanye kepada mereka yang belajar Bio . Kalau diorang tak tahu , kate kat diorang bahawa diorang bukan pelajar Bio sejati ! (marah pulak kan)


Maksodnye ?
Minggu Deraan Siswa atau nak sedap sikit lagi , Minggu Diktaktor Senior .


Kenapa aku cakap camni ?


Sebab aku rase most yang sama intake dengan aku tak suke minggu puaka ni . Mase mula-mula datang untuk pendaftaran tu muke semue suci gile sesuci minyak cap Seri Murni , sampai mereka ni pijak kuman pun , kuman tu menangis dengan penuh terharu sebab kena pijak dengan orang yang suci-suci belaka .


Tapi bila parents semua dah balik , haa , mulalah . Aku tak nak cerita panjang-panjang sebab aku takut nanti aku tekan-tekan over keyboard ni pastu nanti jahanam . Sia-sia je .


Dalam seminggu ni la senior boleh buat ape je kat kami . APA SAHAJA ! Benda yang aku lalui sepanjang MDS :

  • Kena makan 3 minit je . Kalau tercekik tu memang padan la dengan muka dia .
  • Kena bawak kasut (bukan pakai) ke merata-rata tempat sebab mostly tempat yang kena pergi kena bukak kasut . Pastu kena bawak pulak plastik beg bagai .
  • Kena pakai tudung bawal warna putih . Tak payah cerita la berapa abad aku tak pakai tudung bawal .
  • Kena berkumpul pukul 4 pagi . Maknenye kena bangun lagi awal dari tu & program habis mesti lebih pukul 1 . Kalau kurang diorang tak bagi lepas .


Diorang suruh kitorang ni jage pergaulan la , bla bla bla . Tapi ade 1 hari tu aku nampak ade sorang senior yang handle MDS tu buat bende tak senonoh dengan balak dia ! Public pulak tu . Pakwe dia sangat tak gojes tahu . Tahi hidung aku lagi gojes . Aku tak tahu name & tak nak cakap dia buat ape . Tapi aku just nak cakap ape yang dipesan tak same dengan ape yang dibuat . Camne orang nak respect kalau camtu ? (Sorang je ae , bukan segelintir , bukan semua . Sorang je)




Kot ade la akak of abang PM yang baca , ini hanyalah sekadar luahan perasaan . Kalau PM kat kampus lain , contohnya Larkin tu boleh layan MB baik-baik , kenapa kat sini tak boleh ?



Sebenarnya , mereka ni baik . Diorang sanggup gadai cuti untuk MDS ni . Tapi kami ni dah besar & tak suka kena marah macam budak kecik . Kami ni dah boleh jadi mak bapak orang tahu .


Tak berniat nak menimbulkan kemarahan sesiapa . Peace ! ^-^(Y)


p/s : Jangan pulak sesiapa yang tak puas hati baca entry ni pergi tulis kat pesbuk Vice Chancellor kata aku macam-macam . Aku dah cakap , ni sekadar luahan perasaan . 

Friday, 29 July 2011

Kenapa Pengkid Selalu Dapat Awek Hot ?

Assalamualaikum .


Apa khabar semua ? Aku confirm korang semua berada dalam keadaan yang paling ohsem sekali . Korang tak ohsem , nescaya korang gila . Ngahaha !


Eh , termerepek pulak . Anyway , masa aku blogwalking dekat blog Ayeem Ayam yang feymes tu tadi , aku ada baca 1 entry dia pasal pengkid . Dia sendiri kata pengkid lagi senang dapat awek hot .


Si Amani tetap cute walaupon dia jadi pengkid . Thehee ~

Ramai yang kata perempuan yang couple dengan pengkid ni kecewa dengan lelaki la , tak pandai jage hati pompuan la , tu la , ini la .


Tapi fakta yang sebenarnye ialah :



  • Lelaki ni malas .Malas nak mandi , basuh baju & semua-semua la . Bukan semua la . Tapi mostly . Ye dak ? Jangan nak tipu aku la . Adik aku laki tahu . Agaknye gugurl yang hot ni tak tahan sebab pakwe dia busuk & malu sebab dia hot tapi pakwe selekeh cam cibai .
  • Ade sesetengah dari golongan mereka ni 'handsome' . Yang ni aku tak tipu weh . Aku tak tau la nak panggil cun ke hape . Tapi kalau dah macam smart-smart gitu , sesuai kot aku panggil handsome . So awek hot yang ada pakwe yang tak berapa handsome ni berasa tergugat & nak yang hot same taraf dengan dia . So guys out there , kachak-kachak kan lah diri anda .
  • Mereka-mereka ni selalunye faham pompuan . Sebab ape korang tanye ? Sebab mereka ni pompuan jugak . Kan lelaki selalu kata pompuan ni makhluk yang complicated ? Nescaya pompuan je yang paham spesis sendiri .




Ni semua adalah fakta-fakta belaka yang bukan auta .


Pernah jugak aku jumpe lelaki yang sejati kacak tapi single tapi pengkid yang tak handsome didampingi awek yang tak payah aku nak cakap tahap hotness nye . Camne aku tahu dia lelaki sejati ? Entah , aku main cakap je . Hehe . Mungkin si pengkid tak laku mase jadi pompuan lalu kecewa dan bertukar penampilan & sex orientation nye .


Kalau korang percaya fakta yang aku tulis tu , nescaya korang memang suka cium ketiak sendiri (Eh?) .


Ni adalah andaian aku semata-mata . Entry ni tak de kena mengena antara yang hidup dengan yang mati . Kalau ada yang terasa , aku mintak maaf dari akar bulu ketiak hingga ke hujung bulu ketiak .


p/s : Kalau korang kata aku sexist sebab tulis entry ni , sesungguhnya korang salah . Aku sayang mereka yang sama spesis pemakai bra macam aku & aku seorang yang bakal kahwin dengan lelaki sejati . So , tak wujud la term sexist tu untuk aku bukan ?



Thursday, 28 July 2011

Celcom Yang Suka Mencipankan Diri

Assalamualaikum .


Pernah tak anda menghadapi peristiwa cipan yang berikut ?


Phone bunyik time kelas . Pastu yang bertambah bangangnye mesej yang dapat tu mesej yang super-duper tak important ? Well , bende bongok ni terjadi kat aku pagi tadi .


Aku ade tutorial Chemistry pagi tadi . Disebabkan aku ni seorang yang pemalas nak bangun pagi , aku akan pergi mandi time-time kelas nak dekat start . Hebat kan aku ? Sampai aku lupa nak silentkan phone aku sebelom pergi kelas .


Dalam bilik tutor , phone aku bunyik . Time-time tu pulak la Eric Turner nak melalak Written in the Stars . Tahu la lagu tu tengah femes sekarang . Disebabkan aku baru upgrade phone aku , jadi dia jadi bengong sikit . So , nak sonyapkan dia mengambil mase yang agak lame . 


Hal ini membuatkan lecturer aku cakap , "Ai , nak lawan suara saya nampak ?"


Nak tahu mesej ape yang aku dapat ?


Tahniah ! Anda membuat 1 panggilan semalam & mendapat 10 Koinz . Jumlah Koinz anda ialah 1008 Koinz . Teruskan membuat panggilan & kekalkan infeksi Kolony !

Argh ! Sangat cipan tahu ! Celcom ni time aku tengah duduk santai goyang kaki tak nak pulak dia hantar mesej . Buduss !




Malam tadi aku ade test Engineering Physics . Susahnye subjek tu , pergh , tak payah cakap la kan . Aku sangat bengang dengan Newton sebab buat 3 Law tu . Disebabkan dia , semua orang kena belajar Law tu . Damn you Newton !



Dah habis test , aku & member pergi melantakkan perot untuk menghilangkan tension . Nak tengok bola , hmm , memang harapan la ade 1 je tv kat dalam 1 kampus ni . Nak ikot trend 1Malaysia mungkin . 

Aku pon tak tahu kenapa entry yang aku tulis ni macam sikit sangat berkaitan dengan tajuk . Ahh lantak la . Blog aku kan .

p/s : Sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia walaupon kalah . Malaysia kalah dengan penuh bermaruah tahu .

Wednesday, 27 July 2011

Best Ke ?

Assalamualaikum .


dah lame sangat aku tak merepek kat blog ni . Almaklum la , Najib dok suruh aku handle perhimpunan Bershit 2.0 tu . Dia gak suruh aku fikir camne nak handle kes Anwar . Tapi aku dah penat la . 


Aku kate kat dia , "sorry la bro , gua dah penat main politik la . Gua nak sambong diploma pulak."


Ngahngahngah (Ok , fine . Aku gelak memang macam gampang)


Anyway , bukan tu aku nak merepek sebenarnye .


Hari Ahad hari tu , yakni 23 Jun 2011 , berlangsungnya MTV World Stage . Hahah , aku rase macam buat liputan berita pulak . Yang aku tau ade 30 Seconds to Mars & B2st (camni kot eja nye) dari Korea . Ni pon aku tau dari coursemate aku , Wan .






Yang kesiaannye coursemate aku sorang lagi ni , Syamil name dia , tak dapat pergi . Tapi dia punya la minat tahap tak ingat kat 30 Seconds to Mars tu . Dia punye la tunggu band tu perform dari tahun lepas . Tapi bila tahun ni ade je , tak dapat pergi pulak . Dia sampai nak nangis . Kesian pulak aku dengan dia .


Anyway , aku sebenarnye tertanye-tanye la . Ohsem ke dapat pergi konsert ni ? Aku tak pernah pergi konsert-konsert ni . Ok , ade la . Kat Rembau . Tapi aku tak panggil konsert la . Aku rase macam lagi sesuai panggil 'persembahan artis' je .


Seingat aku ade Felix AF dengan ...


Sape ha name kumpulan tu ?


Mitosastras ? Bukan !


Sastrowardoyo ? Tu artis Indon la ngek .


Kopratasa !





Hahah . Ok , ni adelah entry yang sangat tak berilmiah & merepek merapu meraban . Tapi biar la , peduli ape aku !


p/s : Coursemate aku , Wan kate dia terpesona dengan mata biru Jared Letto dan mamat mat saleh tu sangat style . Aku merasekan statement tu sangat gay . Ahh !

Saturday, 7 May 2011

Diploma Vs. Matriks .

Ok , sekarang ni ramai yang heboh memperkatakan mengenai keputusan UPU . Aku pulak dapat dekat Penang . Walaupun jauh , tapi aku tak kesah sebenarnye dapat kat mane . Yang penting aku dapat tempatkan diri aku dekat mane-mane IPTA .

Tapi aku agak pelik dengan statement ni .

"Aku dapat diploma la . Tension betul . Tak dapat asasi . Masuk matriks la macam ni . Matriks , here I come" 

Aku kat sini bukan nak kutuk matriks ke ape . Tu bukan point aku sekarang ni . Aku sebenarnye agak pelik dengan pendapat sesetengah orang pasal diploma ni . 
Diorang ni anggap diploma ni macam low standard .


DIPLOMA PUN OK APE . JANGAN PANDANG RENDAH OK !

Heheh .  Emo sebentar .
Hal ini kerana aku memutuskan untuk amek dip .

Kalau yang dapat course yang tak minat tu aku paham la kan . 
Mungkin disebabkan isi borang tu mase zaman kanak-kanak dan belum matang fikiran lagi .

Tapi ni course tu dia minat tapi tak nak sebab diploma .

ALASAN KAU SEBAB COURSE TU DIPLOMA JE KE ?

Kalau dah minat , kenape nak masuk matriks jugak ?
Matriks tu bidang dia lagi luas berbanding diploma .
Tapi tak kesah la kan .
Tapi sebenarnye peluang pekerjaan tu lagi terbuka luas untuk lulusan Diploma + Ijazah berbanding Matriks + Ijazah .
So , pikir la sendiri .
Korang pun dah besar gajah kan .
Aku malas nak leter panjang-panjang .

Hal ini kerana mungkin depa-depa semua ni nak belajar dapat ijazah cepat .



Thursday, 5 May 2011

Pemanduan Rakyat Malaysia yang Berhemah ..

Aku fail test JPJ aku semalam .. Sedih sebenarnye .. Tapi nak buat camne kan .. Melayang la 80 hengget kalau nak booking untuk next test .. tu pun bulan Julai tau tak !! Aku rase mase tu aku dah pergi sambung belajar dah ..
But that's not the point ..
Ape yang aku nak tulis hari ni ialah pasal care rakyat Malaysia memandu ..

Aku tau la kan aku ni budak baru belajar .. Lesen pun tak de lagi ..
Bawak kerete pun 60 km/j aje ..
Tapi tolong la jangan buat aku takut dengan care korang bawak kerete ni ..

1. Follow kerete dekat sangat ..
Ok ,, aku faham aku bawak kerete slow .. Tapi jangan la follow dekat sangat .. Macam nak sondol kerete aku tau tak !!
Sabar ,, sabar .. Kalau aku brek mengejut kompem kerete kau yang calar .. Aku tak heran pun kerete yang aku drive tu calar sebab tu bukan kerete aku .. Kahkahkah .. (Persetan betul budak ni)

2. Hon sesuka hati ..
Aku ni dah la practice bawak kerete on the road baru 2 kali je ,, kompem la kerete tu tersengguk-sengguk ..
Kaki ni pun keras lagi nak balance brek ,, clutch & minyak ..
Secare tibe-tibe kerete aku mati enjin .. Aku pun gelabah la kejap ..
Piiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnn !!
Kerete kat belakang aku pun hon dengan penuh perasaan ..
Aku tau la kau tu dah ade lesen .. Tak payah la nak hon-hon plak .. =.='
Sabo je la ..
Kau tu tak nampak ke kat kerete Kancil tuh ade tampal L pastu siap ade tulis 

AWAS PEMANDU SEDANG DIUJI

Aku rase semua pemandu kerete zaman sekarang ni bijak pandai dalam membaca ..
Tak payah aku nak ajar membaca lagi ..

3. Bawak kerete laju-laju ..
Yang ni pun ku tak paham kenape rakyat Malaysia suke bawak kerete laju-laju ..
Kalau dah lambat pergi kerje ,, sape suruh bangun lambat-lambat kan ..
Kalau nak pergi shopping ,, aku rase shopping complex tu tak de kaki nak lari ..
Atau sebenarnye mereka-mereka ni nak jadi Formula One racer tapi tak kesampaian hajat ..
Sebenarnyer pegawai JPJ yang menjadi penguji pun bawak kerete laju cenggampang  ..
Diorang suruh kite bawak kerete secare berhemah ,, tapi diorang pun 2x5 je ..

4. Kenderaan kau tu besar ..
Ni khas aku tujukan kepada pemandu kenderaan besar khususnya bas dan lori ..
Kenape la mereka-mereka yang besar ini suke sangat perasan kecik ??
Ok ,, aku paham korang tu nak cepat ..
Tapi bahaye tau tak care korang bawak tu !!
Ikut la lorong korang & jangan la nak bawak laju-laju ..
Kadang-kadang aku rase macam bas & lori ni nak buat drift pulak ..


Itu la care pemanduan rakyat Malaysia yang mungkin korang tak sedar ..
Berhemah tak ?? Berhemah bukan ..


Wednesday, 4 May 2011

Test JPJ Aku Yang Fail ..

Erm ,, hari ni aku melalaui 1 ujian yang aku rasa menggerunkan bagi semua orang ..
Ha ?? Ujian pe ??
Test JPJ
Pergh .. aku dengan jayanya telah KANDAS untuk ujian lesen kerete ..

Bahagian 2

"No 11 !!"
Orang kat institut memandu tu panggil nombor aku ..
Aku dengan cuak dan gabra pun masuk la kereta kancil yang macam chett  tu ..
Dah la kereta tu aku rase macam nak bako je ..
Mase aku baru je nak masuk kereta tu ,, 
Zzzzztttt (bunyi vibrate la konon)
"Fon ni buat hal pulak time ni .."
Aku pun buat bodoh je la kan .. Tak kan na angkat pulak .. Mau aku kene sembur dgn pegawai JPJ tu ..
Dah lepas bukit ,, pergi la test parking .. Fon aku bunyik lg .. Tapi aku buat bodo je la kan ..

Krengg !! Kreeeeeeeeeeeeng !! (bukan nada dering sebenar)
Xperia ku berbunyi ..
Terus ,, parking aku fail sbb langgar kat kotak tu .. Ape entah name dia aku dah lupe la ..
Time tu aku rase nak baling-baling je dua-dua fon aku tu ..
Memekak betul la .. Sebab korang la (fon-fonku) aku fail bahagian 2 dgn serta-merta ..
Sekali mak aku yang call la ..
Sabo je la ..

Bahagian 3

Setelah berjam-jam menunggu sehingga ketiakku telah menjadi air terjun semula jadi ,, turn aku pulak utk diuji di jln raya ..
Time tu aku cuba la act cool padehal dlm hati hanya ALLAH je yg tahu ..
Aku pun diuji oleh acik JPJ yg tak berape kacak ..
Dah buat 5 point free tu ,, aku pun gerak kan la kereta tu ..
VROOOOOOOM !!
Umangai ,, dahsyat kereta ni .. Dah la aku biase bwk kerete Cik Jem ..
Lain bhai clutch dia ..

Sepanjang dalam kereta tu ,,
*Krruuuk .. kruuuk * (bunyi cengkerek yg tak berape nak jadi)
Aku diarahkan utk ikut jln yg panjang yg dipanggil jalan 3 (sumpah aku menyampah jln tu)
Aku baru je bawak on the road 2 kali (terima kasih kepada driving instructor aku yang ingat aku ni hebat cenggampang bawak kereta) ,, nak ikut lorong mane aku memang tak ingat ..

ACIK JPJ TAK BERAPE KACAK : Kamu bawak salah lorong ni .. Camne la kamu bawak kerete ni ..
AKU : Erkk .. (terkesima sebentar)

Tang-tang tu jugak la aku tau yg aku dah fail ..
Tapi aku masih boleh berbangga sebab aku masih lagi boleh drive sampai habis walaupun aku fail ..

Sedih tak citer aku ni ?? Tapi nak buat camne kan ,, bukan rezeki aku ..




Aku rase macam nak bako je kerete ni .. Sabo je la ..