Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Wednesday, 10 October 2012

Rasa Macam Nak Mula Berblogging Balik.

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Bertemu kita lagi dalam entry yang berikutnya. Haha. Sebenarnya aku merupakan seorang manusia yang sangat pemalas untuk update blog yang mundur ni. Malas gila.

Kehidupan di dunia menghalang aku untuk upadate blog. eh taklah. Aku sebenarnya sangat kering idea nak merepek apa dalam bog ni. Maklumlah, penulis tak berbakat la katakan. 

Aku sekarang ni gila The Avengers, dan segala Marvel movies. Itu pun nak bagitahu. Merepek apa perempuan ni?

So santaplah mata anda dengan gambar yang guwa edit sendiri. Gambar Jeremy Renner atau Hawkeye, takpun Clint Barton dalam filem The Avengers. Even dah 40 lebih umur dia, still hot tahu. He has a one fine ass.

Aku juga tergilakan Tom Hiddleston, takpun bagi anda semua yang sangat noob, dia lebih dikenali sebagai Loki.


Cantik tak aku edit? Macam oil painting tak? Haha.
Memandangkan sekarang ni aku tengah final exam untuk semester ketiga ni, aku harap sangat korang semua boleh doakan kejayaan aku okay. Aku tak nak ada repeat paper. Tolonglah.

p/s: Kalau aku dapat respons yang baik, InsyaAllah aku akan aktif beblogging.

Wednesday, 12 October 2011

Industri Seni Malaysia ? Masih Jauh Ketinggalan .

Assalamualaikum .


Memandangkan aku dah start cuti sem , aku ada banyak masa la nak update blog aku yang terchenta ni . Cuma kerja aku sepanjang cuti ni hantar & jemput adik aku balik sekolah .


Semalam aku ada tengok movie Korea , so ada 1 benda tetiba melintas kat kepala otak aku macam skuter lalu je . 


What the heck is K-Pop Malaysia ? Apa ke bangangnye benda ni semua . Neraka semua ni . Pernah sekali aku bukak YouTube nak tengok kehebatan K-Pop Malaysia ni . Best sangat ke sampai terkeluar la kat surat khabar kan . Aku gelak guling-guling la dari hujung bilik ke bilik . Siap 2 round lagi aku guling . Apa motif K-Pop Malaysia ?




Kumpulan yang kat atas ni aku rasa semua confirm la tahu sape kan ? Kalau yang tak tahu tu ni Super Junior . Diorang punya koreografi menarik , & even diorang ni pakai make-up , ramai je orang yang still tergila-gila kat mereka-mereka ni .




Kumpulan yang atas ni pulak , rasanya nama kumpulan ni 24:7 . Aku dah tengok MV diorang . Koreografi dah la tak menarik , bila pakai make-up aku tengok macam bapuk lorong Haji Taib je . Diorang ni memang stok kena maki la aku cakap . Aku blogwalking pon tengok group ni memang kena kutuk habis dengan blogger lain .

Same goes to the drama . Kenapa orang Malaysia ni suka tengok cerita luar ? Sebab diorang ada plot , jalan cerita pon tak de la loser and pemilihan pelakon yang sesuai .


Aku tahu memang tak adil la nak compare Superman dengan Supermak . Tapi tu je la yang aku mampu buat . Bila aku tengok je iklan Supermak ni , aku terus
"Ah , citer loser ah . Takde citer menarik ke nak tengok . Sama boring macam citer Papaya dengan citer lelaki aneh recycle tu . Tu je la citer Malaysia ni."
Aku tengok iklan pon aku menyampah tengok Nasha Aziz cakap sorang-sorang pastu pusing-pusingkan kepala dia . Apa ke bangangnye tu ? Sekarang ni pon citer Malaysia dah ikut citer Indon yang memang aku lagi la menyampah . Nak tunggu citer tu habis entah bila entah . Pastu suka tunjuk muka pelakon sekor-sekor . Watak antagonis rasa macam nak sepak-sepak je . Orang jahat tu buat setan memang perfect la sampai tak siapa pon perasan . Last episod baru semua terbongkar . Baik tengok last episod je camtu .  So jangan pelik la bila orang Malaysia ni lagi suka tengok citer orang putih dengan citer Korea berbanding tengok citer buatan negara sendiri 

Aku ni bukannya nak menangkan Amerika or Korea tu . Cuma aku pelik kenapa industri seni Malaysia ni nak tiru orang lain . K-Pop tu dah sah-sah la K tu Korea . Lagipun diorang tu putih-putih . Malaysia ni majoriti sawo matang dan kebawah (gelap) . Tak sesuai la nak make-up macam Korea tu . Aku lagi bangga dengan nasyid Malaysia . Walaupun tak ramai yang layan , tapi diorang ada identiti sendiri . Mana originality seni Malaysia , dan mana maruah seni Malaysia kalau kita tiru orang lain .

So Malaysian , build your own idetintity . Lagi bagus kalau kita loser tapi tu diri kita sendiri , daripada kita jadi orang lain .


So long , peace !

Wednesday, 27 July 2011

Best Ke ?

Assalamualaikum .


dah lame sangat aku tak merepek kat blog ni . Almaklum la , Najib dok suruh aku handle perhimpunan Bershit 2.0 tu . Dia gak suruh aku fikir camne nak handle kes Anwar . Tapi aku dah penat la . 


Aku kate kat dia , "sorry la bro , gua dah penat main politik la . Gua nak sambong diploma pulak."


Ngahngahngah (Ok , fine . Aku gelak memang macam gampang)


Anyway , bukan tu aku nak merepek sebenarnye .


Hari Ahad hari tu , yakni 23 Jun 2011 , berlangsungnya MTV World Stage . Hahah , aku rase macam buat liputan berita pulak . Yang aku tau ade 30 Seconds to Mars & B2st (camni kot eja nye) dari Korea . Ni pon aku tau dari coursemate aku , Wan .






Yang kesiaannye coursemate aku sorang lagi ni , Syamil name dia , tak dapat pergi . Tapi dia punya la minat tahap tak ingat kat 30 Seconds to Mars tu . Dia punye la tunggu band tu perform dari tahun lepas . Tapi bila tahun ni ade je , tak dapat pergi pulak . Dia sampai nak nangis . Kesian pulak aku dengan dia .


Anyway , aku sebenarnye tertanye-tanye la . Ohsem ke dapat pergi konsert ni ? Aku tak pernah pergi konsert-konsert ni . Ok , ade la . Kat Rembau . Tapi aku tak panggil konsert la . Aku rase macam lagi sesuai panggil 'persembahan artis' je .


Seingat aku ade Felix AF dengan ...


Sape ha name kumpulan tu ?


Mitosastras ? Bukan !


Sastrowardoyo ? Tu artis Indon la ngek .


Kopratasa !





Hahah . Ok , ni adelah entry yang sangat tak berilmiah & merepek merapu meraban . Tapi biar la , peduli ape aku !


p/s : Coursemate aku , Wan kate dia terpesona dengan mata biru Jared Letto dan mamat mat saleh tu sangat style . Aku merasekan statement tu sangat gay . Ahh !