Memandangkan aku dah start cuti sem , aku ada banyak masa la nak update blog aku yang terchenta ni . Cuma kerja aku sepanjang cuti ni hantar & jemput adik aku balik sekolah .
Semalam aku ada tengok movie Korea , so ada 1 benda tetiba melintas kat kepala otak aku macam skuter lalu je .
What the heck is K-Pop Malaysia ? Apa ke bangangnye benda ni semua . Neraka semua ni . Pernah sekali aku bukak YouTube nak tengok kehebatan K-Pop Malaysia ni . Best sangat ke sampai terkeluar la kat surat khabar kan . Aku gelak guling-guling la dari hujung bilik ke bilik . Siap 2 round lagi aku guling . Apa motif K-Pop Malaysia ?
Kumpulan yang kat atas ni aku rasa semua confirm la tahu sape kan ? Kalau yang tak tahu tu ni Super Junior . Diorang punya koreografi menarik , & even diorang ni pakai make-up , ramai je orang yang still tergila-gila kat mereka-mereka ni .
Kumpulan yang atas ni pulak , rasanya nama kumpulan ni 24:7 . Aku dah tengok MV diorang . Koreografi dah la tak menarik , bila pakai make-up aku tengok macam bapuk lorong Haji Taib je . Diorang ni memang stok kena maki la aku cakap . Aku blogwalking pon tengok group ni memang kena kutuk habis dengan blogger lain .
Same goes to the drama . Kenapa orang Malaysia ni suka tengok cerita luar ? Sebab diorang ada plot , jalan cerita pon tak de la loser and pemilihan pelakon yang sesuai .
Aku tahu memang tak adil la nak compare Superman dengan Supermak . Tapi tu je la yang aku mampu buat . Bila aku tengok je iklan Supermak ni , aku terus
"Ah , citer loser ah . Takde citer menarik ke nak tengok . Sama boring macam citer Papaya dengan citer lelaki aneh recycle tu . Tu je la citer Malaysia ni."
Aku tengok iklan pon aku menyampah tengok Nasha Aziz cakap sorang-sorang pastu pusing-pusingkan kepala dia . Apa ke bangangnye tu ? Sekarang ni pon citer Malaysia dah ikut citer Indon yang memang aku lagi la menyampah . Nak tunggu citer tu habis entah bila entah . Pastu suka tunjuk muka pelakon sekor-sekor . Watak antagonis rasa macam nak sepak-sepak je . Orang jahat tu buat setan memang perfect la sampai tak siapa pon perasan . Last episod baru semua terbongkar . Baik tengok last episod je camtu . So jangan pelik la bila orang Malaysia ni lagi suka tengok citer orang putih dengan citer Korea berbanding tengok citer buatan negara sendiri
Aku ni bukannya nak menangkan Amerika or Korea tu . Cuma aku pelik kenapa industri seni Malaysia ni nak tiru orang lain . K-Pop tu dah sah-sah la K tu Korea . Lagipun diorang tu putih-putih . Malaysia ni majoriti sawo matang dan kebawah (gelap) . Tak sesuai la nak make-up macam Korea tu . Aku lagi bangga dengan nasyid Malaysia . Walaupun tak ramai yang layan , tapi diorang ada identiti sendiri . Mana originality seni Malaysia , dan mana maruah seni Malaysia kalau kita tiru orang lain .
So Malaysian , build your own idetintity . Lagi bagus kalau kita loser tapi tu diri kita sendiri , daripada kita jadi orang lain .
So long , peace !
So long , peace !