Wednesday, 12 October 2011

Industri Seni Malaysia ? Masih Jauh Ketinggalan .

Assalamualaikum .


Memandangkan aku dah start cuti sem , aku ada banyak masa la nak update blog aku yang terchenta ni . Cuma kerja aku sepanjang cuti ni hantar & jemput adik aku balik sekolah .


Semalam aku ada tengok movie Korea , so ada 1 benda tetiba melintas kat kepala otak aku macam skuter lalu je . 


What the heck is K-Pop Malaysia ? Apa ke bangangnye benda ni semua . Neraka semua ni . Pernah sekali aku bukak YouTube nak tengok kehebatan K-Pop Malaysia ni . Best sangat ke sampai terkeluar la kat surat khabar kan . Aku gelak guling-guling la dari hujung bilik ke bilik . Siap 2 round lagi aku guling . Apa motif K-Pop Malaysia ?




Kumpulan yang kat atas ni aku rasa semua confirm la tahu sape kan ? Kalau yang tak tahu tu ni Super Junior . Diorang punya koreografi menarik , & even diorang ni pakai make-up , ramai je orang yang still tergila-gila kat mereka-mereka ni .




Kumpulan yang atas ni pulak , rasanya nama kumpulan ni 24:7 . Aku dah tengok MV diorang . Koreografi dah la tak menarik , bila pakai make-up aku tengok macam bapuk lorong Haji Taib je . Diorang ni memang stok kena maki la aku cakap . Aku blogwalking pon tengok group ni memang kena kutuk habis dengan blogger lain .

Same goes to the drama . Kenapa orang Malaysia ni suka tengok cerita luar ? Sebab diorang ada plot , jalan cerita pon tak de la loser and pemilihan pelakon yang sesuai .


Aku tahu memang tak adil la nak compare Superman dengan Supermak . Tapi tu je la yang aku mampu buat . Bila aku tengok je iklan Supermak ni , aku terus
"Ah , citer loser ah . Takde citer menarik ke nak tengok . Sama boring macam citer Papaya dengan citer lelaki aneh recycle tu . Tu je la citer Malaysia ni."
Aku tengok iklan pon aku menyampah tengok Nasha Aziz cakap sorang-sorang pastu pusing-pusingkan kepala dia . Apa ke bangangnye tu ? Sekarang ni pon citer Malaysia dah ikut citer Indon yang memang aku lagi la menyampah . Nak tunggu citer tu habis entah bila entah . Pastu suka tunjuk muka pelakon sekor-sekor . Watak antagonis rasa macam nak sepak-sepak je . Orang jahat tu buat setan memang perfect la sampai tak siapa pon perasan . Last episod baru semua terbongkar . Baik tengok last episod je camtu .  So jangan pelik la bila orang Malaysia ni lagi suka tengok citer orang putih dengan citer Korea berbanding tengok citer buatan negara sendiri 

Aku ni bukannya nak menangkan Amerika or Korea tu . Cuma aku pelik kenapa industri seni Malaysia ni nak tiru orang lain . K-Pop tu dah sah-sah la K tu Korea . Lagipun diorang tu putih-putih . Malaysia ni majoriti sawo matang dan kebawah (gelap) . Tak sesuai la nak make-up macam Korea tu . Aku lagi bangga dengan nasyid Malaysia . Walaupun tak ramai yang layan , tapi diorang ada identiti sendiri . Mana originality seni Malaysia , dan mana maruah seni Malaysia kalau kita tiru orang lain .

So Malaysian , build your own idetintity . Lagi bagus kalau kita loser tapi tu diri kita sendiri , daripada kita jadi orang lain .


So long , peace !

Monday, 10 October 2011

Kenapa Aku Beralih Arah ?! Argh !

Assalamualaikum . 


Dah lama gila aku tak update belog ni . Maaf la ye . Aku busy dengan final exam la (kononnye la kan) . Tapi memang betol la . Ni pon aku baru habis final .


Selama aku tak update blog terchenta ni ,banyak jugak la kan benda yang best jadik . Tapi malas nak update je . Hihi . Tapi aku sedih & bengang kenapa benda macam ni boleh terjadi kat aku . Argh ! Kenapa ?


Kenapa aku boleh terjerumus kepada golongan-golongan itu ? (ayat skema cam hareem) . Homaigod homaigod homaigod !



Maaf la abang Jensen . Saya dah tersuka orang lain . Saya tak bermaksud nak mulukakan hati abang . Saya mintak maaf abang !




Siwon oppa ! Saranghae ! (aku ni dah kenapa ? -.-)


Dulu aku jugak yang kutuk K-Pop ni . Tapi aku masih di tahap selamat la sebab aku minat Super Junior je . Tak de la sampai nampak gambar diorang terjerit terkinja-kinja macam orang gila .


Tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak menjadikan blog ni blog K-Pop . Kalau dah jadi tu , maknenye blog aku dah kene hack la tu .


Sebelom aku tutup entry ni , layan la jap kumpulan K-Pop Korea (bukan K-Pop malaysia yang cam harem) yang paling jambu + gay yang pernah aku jumpa yang aku pernah jumpa , Boyfriend . Vid ni pon kawan aku yang tunjuk so aku tak de kene mengene dengan vid ni eh . Enjoy , mungkin . -.-